TARIAN MAGUNATIP (MURUT)
Selain
itu, orang-orang Murut juga terkenal dengan tarian Mangunatip
yang penuh tenaga. Di kebanyakkan upacara keramaian, tarian-tarian ini lazim
ditarikan kerana muziknya rancak serta bersimbolik. Semasa pesta menuai
diadakan, penari-penari kaum Murut ini akan membuat persembahan di bandar-bandar
sehingga menjadi suatu daya tarikan kepada para pelancong dalam dan luar
negara.
Walaupun terdapat sedikit sebanyak unsur tarian ini telah diubah namun
makna serta gaya tariannya masih tidak terjejas. Tarian Mangunatip misalnya
mempamerkan unsur kegagahan yang ada dalam kaum Murut serta bertujuan untuk
memujuk roh-roh nenek moyang mereka agar dapat menjaga mereka. Penari-penari
tarian ini menyelitkan gugusan padi yang sudah dituai dan juga kepala mangsa
pada pinggang mereka.
Gaya tarian
Mangunatip ini juga amat unik serta mempesonakan dimana penari lelaki yang
memegang parang akan melompat ke atas bambu yang disusun berselang-seli oleh
penari-penari lelaki lain. Selepas itu, penari yang berada di atas itu ( dianggap
sebagai seorang pemburu) akan menggunakan penyumpit (buluh yang dimasukkan
sejenis sumpit) untuk memecahkan belon yang disediakan. Alunan muzik daripada
gendang kulit serta somputonakan mengawal rentak tarian ini.
|