HOME OWNER FRIENDS STUFFS FOLLOW DBOARD NEWER OLDER

VIDEO TARIAN ETNIK SABAH
Tuesday, 26 May 2015 - Permalink - 0 Miku(s)




Kump. Penari KDCA - Tarian Murut



The bamboo dance of the Murut tribe



Sek. Men. Narinang - Tarian Kontemporari Kadazandusun

HUBUNGAN TARIAN ETNIK SABAH DALAM PENDIDIKAN
Tarian etnik Sabah merupakan tarian yang sangat popular di negeri Sabah. tarian ini sering diadakan di mana-mana perayaan yang diadakan di Sabah. dalam pendidikan pula, tarian etnik ini juga turut diajarkan di setiap universiti dalam bidang seni tari. Ianya bertujuan melestarikan hubungan budaya kita. Kemampuan tarian etnik ini merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan.

Demikian pada pembelajaran merupakan ranah kognitif meliputi kemampuan menghapal, memahami, menerapkan, menganalisis, mensintesis, dan mengevaluasi. Kemampuan psikomotor, yaitu keterampilan yang berkaitan dengan gerak, menggunakan otot seperti lari, melompat, menari, berbicara dan memasang peralatan, dan sebagainya. Kemampuan afektif berhubungan dengan minat dan sikap yang dapat berbentuk tanggung jawab, kerjasama, disiplin, komitmen, percaya diri, jujur, menghargai pendapat orang lain, dan kemampuan mengendalikan diri. 

Semua kemampuan ini harus menjadi bagian dari tujuan pembelajaran di sekolah, yang akan dicapai melalui kegiatan pembelajaran yang tepat. Hal yang demikian, sudah jelaslah menunjukkan bahawa tarian etnik  Sabah ini mempunyai hubungan dalam pendidikan.


Sumber:-

https://driedroses.wordpress.com/tag/tarian-magunatip/
http://www.sabah.edu.my/kds/tarian-tarian_tradisi.htm
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/7481-etnik-sabah-dalam-kepelbagaian-kebudayaan.html
http://www.sabah.edu.my/rohani99/kenalisabah/tarian.htm



TARIAN SUMUNDAI (RUNGUS)
Tarian Sumundai ditarikan oleh orang-orang Rungus semasa upacara perayaan tertentu sahaja. 

Tarian ini biasanya ditarikan bagi menandakan perasaan syukur serta berterima-kasih kepada dewa sempena mendapat hasil tuaian padi yang baik. 

Kini tarian ini ditarikan dalam majlis tertentu seperti majlis perkahwinan serta upacara keramaian.




TARIAN MAGUNATIP (MURUT)
Selain itu, orang-orang Murut juga terkenal dengan tarian Mangunatip yang penuh tenaga. Di kebanyakkan upacara keramaian, tarian-tarian ini lazim ditarikan kerana muziknya rancak serta bersimbolik. Semasa pesta menuai diadakan, penari-penari kaum Murut ini akan membuat persembahan di bandar-bandar sehingga menjadi suatu daya tarikan kepada para pelancong dalam dan luar negara. 

Walaupun terdapat sedikit sebanyak unsur tarian ini telah diubah namun makna serta gaya tariannya masih tidak terjejas. Tarian Mangunatip misalnya mempamerkan unsur kegagahan yang ada dalam kaum Murut serta bertujuan untuk memujuk roh-roh nenek moyang mereka agar dapat menjaga mereka. Penari-penari tarian ini menyelitkan gugusan padi yang sudah dituai dan juga kepala mangsa pada pinggang mereka.


Gaya tarian Mangunatip ini juga amat unik serta mempesonakan dimana penari lelaki yang memegang parang akan melompat ke atas bambu yang disusun berselang-seli oleh penari-penari lelaki lain. Selepas itu, penari yang berada di atas itu ( dianggap sebagai seorang pemburu) akan menggunakan penyumpit (buluh yang dimasukkan sejenis sumpit) untuk memecahkan belon yang disediakan. Alunan muzik daripada gendang kulit serta somputonakan mengawal rentak tarian ini. 


TARIAN BRUNSAI (BAJAU)
Brunsai biasanya ditarikan pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahwinan, merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah bernazar. Penari Brunsai juga memakai pakaian yang berwarna warni seperti seluar hitam, biru, merah dan baju serta tanjak yang mempunyai corak-corak menarik.

Tarian Brunsai biasanya dilakukan di atas lantai papan supaya hentakan kaki penari lelaki dapat mengeluarkan bunyi yang memberansangkan. Penari membuat barisan sambil berpegangan tangan antara satu dengan yang lain diikuti oleh barisan penari wanita di belakang juga berpegangan tangan. Penari lelaki yang terakhir di belakang berpegangan selendang dengan penari wanita di belakangnya, mereka membuat bulatan kecil sambil berjalan perlahan ke hadapan dan ke belakang sambil mengalunkan "kalang" dalam bahasa Bajau.

Alunan suara tinggi-rendah antara penari lelaki dan perempuan serta dengan hentakan kaki di atas lantai menyebabkan ahli penarinya menjadi begitu khyusuk sehinggakan masa menari sudah begitu lama dan tidak sedar malam akan berakhir. Brunsai biasanya diadakan pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahwinan, merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah bernazar. Penari brunsai juga memakai pakaian khas yang berwarna warni seperti seluar hitam, biru, merah dan baju serta tanjak yang berwarna-warni.


TARIAN SUMAZAU (KADAZAN)
Suku kaum Kadazandusun mudah dikenali dengan tarian Sumazaunya dan beberapa lagi tarian-tarian yang lain namun Sumazau sudah menjadi identiti yang tersendiri kepada suku kaum itu. Sumazau diiringi oleh pukulan 8 biji gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan kampung.

Tangan penari-penari Sumazau seolah-oleh sayap burung terbang dengan langkah kaki yang khusus mengikut rentak pukulan gong. Tarian ini biasanya diadakan di majlis-majlis keramaian namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan selepas menuai padi.

Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan namun kemuncak tarian sumazau ialah di perayaan Pesta Menuai yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei. Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta tali pinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars). Penari lelaki biasanya akan memaki tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.


PENGENALAN
Tuesday, 21 April 2015 - Permalink - 0 Miku(s)
Negeri Sabah mempunyai tidak kurang dari tiga puluh etnik suku kaum. Sebuah negeri yang kaya dengan tarian kebudayaannya. Apabila tiba musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga perayaan Sabah Fest yang dirayakan pada Mei setiap tahun, orang ramai dapat menyaksikan pelbagai tarian kebudayaan yang dipersembahkan untuk memeriahkan lagi suasana perayaan berkenaan.Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. 

Etnik terbesar di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut. Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain. Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.