HOME OWNER FRIENDS STUFFS FOLLOW DBOARD NEWER OLDER

TARIAN SUMAZAU (KADAZAN)
Tuesday 26 May 2015 - Permalink - 0 Miku(s)
Suku kaum Kadazandusun mudah dikenali dengan tarian Sumazaunya dan beberapa lagi tarian-tarian yang lain namun Sumazau sudah menjadi identiti yang tersendiri kepada suku kaum itu. Sumazau diiringi oleh pukulan 8 biji gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan kampung.

Tangan penari-penari Sumazau seolah-oleh sayap burung terbang dengan langkah kaki yang khusus mengikut rentak pukulan gong. Tarian ini biasanya diadakan di majlis-majlis keramaian namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan selepas menuai padi.

Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan namun kemuncak tarian sumazau ialah di perayaan Pesta Menuai yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei. Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta tali pinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars). Penari lelaki biasanya akan memaki tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.